IBU MAUT, ANAK TERSELAMAT KERETA REMPUH POKOK


Wanita maut manakala anaknya cedera apabila kereta dipandu hilang kawalan sebelum merempuh pokok di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun berhampiran jejambat Utan Aji, petang tadi.


Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa Wan Nooraseniyah Wan Abdullah, 34 memandu kereta bersama anaknya Zulwafiy Amsyar Zulhilmi, 7, dalam perjalanan ke kediaman mereka di Taman Jali di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, ketika di laluan berkenaan yang menghala ke Arau itu, mangsa gagal mengawal keretanya menyebabkan ianya terbabas dan merempuh pokok di tepi lebuh raya.

"Wan Nooraseniyah parah di kepala dan badan namun meninggal dunia pada 4.50 petang selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar," katanya.

Semetara itu, anaknya, Zulwafiy pula cedera ringan di kedua-dua belah tangan, katanya
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF untuk dibedah siasat.

0 comments: