3 BERANAK MAUT TERPEROSOK BAWAH LORI


KUCHING : Perjalanan pulang tiga sekeluarga dari Bintulu menuju ke Sibu berakhir dengan tragedi apabila mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori kargo di Kilometer 114 Jalan Sibu-Bintulu di sini semalam.


Kejadian pukul 2 petang itu meragut nyawa pemandu kereta, Ferronow Kadri (gambar kecil), 32, adiknya, Anthony Kadri, 25, dan ibu mereka, Na-Uyah Pusih, 64. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Kuala Baram, Miri.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu Ferronow tiba-tiba hilang kawalan selepas melepasi satu selekoh yang menuruni bukit.

“Selepas itu, kereta terbabit memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori kargo. Kesemua penumpang kereta tersebut meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Bagaimanapun, pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

0 comments: